1. Jenis autogate
Sebelum anda membeli sistem autogate anda, anda hendaklah memastikan jenis autogate yang hendak dibeli. Caranya ialah dengan memastikan jenis pintu pagar anda dahulu. Pastikan samada pintu pagar anda jenis buka berhayun (swing), buka gelongsor (sliding) atau pun buka berlipat (folding). Jenis pintu pagar anda menentukan jenis sistem autogate yang akan anda pakai.
Pintu Folding
Pintu Swing
Pintu Sliding
2. Spesifikasi Dan Jenama
Bila anda sudah tentukan jenis pintu pagar anda barulah anda bole terus mencari jenis sistem autogate anda.Terdapat pelbagai jenama sistem pagar automatik berada dipasaran Malaysia. Masing-masing berusaha mempertaruhkan kelebihan sistem mereka. Ada yang datang sekali dengan fungsi auto-lock di pagar, ada yang datang dengan sensor infra merah (infra red) , dan sebagainya. Lazimnya, semakin banyak fungsi sesuatu sistem, semakin mahal harganya juga. Terpulang kepada pengguna untuk memilih.
3. Cek Testimoni Setiap Jenama
Bukan kerana sebab murah dan dekat sahaja, cek juga testimoni pelanggan-pelanggan yang pernah membeli produk sesuatu jenama itu. Bandingkan juga dengan jenama-jenama lain. Bandingkan spesifikasi, harga, ketahanan, dan sebagainya. Jika diperlukan, lihat juga dimana ia dibuat, sejarah perusahaannya, video review di YouTube, dan testimoni-testimoninya.
4. Cari yang terdapat service center
Biasanya setiap sistem disertakan dengan jaminan barangan dari 6 bulan hingga setahun. Jangan kerana anda tergesa-gesa dan terpedaya dengan harga Autogate yang murah ,esok anda merana. Merana kerana tempat service center yang jauh dan susah untuk urusan claim warranty jika ada masalah kelak.
5. Pilihlah yang menawarkan harga terbaik
Tips seterusnya pastinya soal harga. Sesuaikan keperluan dengan bajet anda. Cari Autogate terbaik yang memang lepas dengan bajet anda. Harga mestilah berpatutan dengan hasil kerja nya. Yang penting pagar anda boleh terbuka secara automatik dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh tanpa perlu turun kereta atau keluar dari rumah untuk membuka/menutup pagar kan..?
6. Pastikan Kabel Dan Pintu Pagar
Sesetengah rumah pihak developer sudah menyediakan kabel (wiring) di pagar agar urusan pemasangan sistem autogate menjadi mudah. Ada juga rumah yang belum disediakan kabel autogate ketika membeli rumah. Jika belum ,anda hendaklah mencari kontraktor yang bole menyediakan kabel itu terlebih dahulu. Selalunya kontraktor pemasangan sistem autogate ini bole menyediakan kabel itu jika belum ada dengan kos tambahan. Kos bergantung kepada jarak pintu pagar ke dalam rumah, kabel yang hendak dipasang itu ditarik di luar (surface) dinding menggunakan paip conduit atau di tanam di dalam dinding/lantai (concealed). Pastikan juga pintu pagar anda dalam keadaan bersedia, tidak rosak seperti senget sebelah, tertanggal dari ear nya dan sebagainya. Jika anda hendak menukar pintu pagar anda, sebaik nya tukar dahulu dan baru lah pasang sistem autogate. Kalau boleh pintu pagar anda mempunyai emergency access seperti pintu kecil untuk anda keluar masuk jika sistem autogate anda rosak kelak.
7. Pilihlah Kontraktor Yang Terbaik
Tiada masalah jika mahu gunakan yang murah atau yang mahal, apa yang mustahak adalah pemilihan kontraktor pemasang sistem pagar automatik anda & servis selepas jualan mereka. Biasanya setiap sistem disertakan dengan jaminan barangan dari 6 bulan hingga setahun. Harap anda periksa dengan kontraktor anda. Tentu anda tak mahu ada masalah dengan sistem pagar automatik anda bukan? Jadi anda perlu ada nombor telefon atau mengetahui dimana pusat operasi kontraktor pemasang sistem anda. Ini penting kerana jika kita tidak mengetahui bagaimana hendak hubungi kontraktor pemasang sistem anda bagaiman anda hendak menuntut waranti anda? Jika anda menggunakan orang tengah (seperti kontraktor ubahsuai rumah anda) untuk mengupah kontraktor pemasang sistem anda, pastikan anda dapatkan nombor telefon/alamat pusat operasi pemasang sistem pagar automatik anda. Jika boleh periksa latar belakang mereka, lagi bagus jika ada testimoni & sejarah pengalaman kerja mereka sebelum ini. Bukanlah niat kami untuk menutup periuk nasi mereka yang baru menceburi bidang sistem pagar automatik ini tetapi cuma menasihatkan anda supaya berhati-hati. Tak salah jika beri mereka peluang, tetapi jika anda ada masalah untuk menghubungi pemasang sistem pagar automatik anda ketika sistem pagar automatik anda bermasalah, boleh hubungi kami. Kami akan cuba membantu anda dengan kadar yg berpatutan, Insyaallah.
Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan , situasi dan barang yang di beli pengguna
Oppssss ya ! Ada tips ke 8 untuk anda. Jika anda benar-benar inginkan sistem autogate anda sekarang, kami ada menyediakan promosi untuk hari ini sahaja. Anda bole hubungi kami menggunakan 3 cara di bawah ini