1. Periksa Saiz Dan Ukuran Ruang
Jika anda bercadang untuk memasang penyaman udara, pastikan anda periksa dahulu saiz dan ukuran ruang tempat yang hendak dipasang. Ambil ukuran panjang , tinggi dan lebar dalam ukuran kaki. Darabkan semua seperti formula di bawah :
Panjang (kaki) x Lebar (kaki) x Tinggi (kaki) x 6 = MR
Jawapan MR yang anda dapat menentukan berapa kuasa kuda (horsepower) ,penyaman udara yang patut anda ambil. Contohnya 9000btu lazimnya dikaitkan dengan aircond 1horsepower.
Formula di atas hanya sesuai untuk tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari yang keterlaluan.
2. Pastikan Lokasi Pemasangan Dan Jenis Penyaman Udara
Jika saiz ruang sudah dapat dikira, pilih lokasi pemasangan penyaman udara yang mahu di pasang samada di dinding ataupun siling. Lokasi menentukan jenis penyaman udara yang anda mahu pasang. Kebiasaannya , ada 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan untuk rumah kediaman. Penyaman udara wall mounted , ceiling cassette atau pun ceiling exposed.
Wall Mounted
Ceiling Cassette
Ceiling Exposed
3. Periksa Spesifikasi Dan Jenama
Langkah seterusnya, periksa spesifikasi dan jenama penyaman udara anda. Adakah penyaman udara anda memenuhi kriteria yang anda telah pilih di atas tadi ? Terdapat dua jenis penyaman udara pada zaman kini iaitu non-inverter dan inverter. Jika anda bercadang untuk menggunakan penyaman udara anda lebih 7jam sehari, seeloknya anda memilih penyaman udara inverter. Ia menjimatkan tenaga elektrik anda. Tetapi harga penyaman udara inverter lagi mahal berbanding harga penyaman udara non-inverter.
4. Cek Testimoni Setiap Jenama
Bukan kerana sebab murah dan dekat sahaja, cek juga testimoni pelanggan-pelanggan yang pernah membeli produk sesuatu jenama itu. Bandingkan juga dengan jenama-jenama lain. Bandingkan spesifikasi, harga, ketahanan, dan sebagainya. Jika diperlukan, lihat juga dimana ia dibuat, sejarah perusahaannya, video review di YouTube, dan testimoni-testimoninya.
5. Cari Yang Terdapat Service Center.
Jangan kerana anda tergesa-gesa dan terpedaya dengan harga penyaman udara yang murah, esok anda merana. Merana kerana tempat service center yang jauh dan susah untuk urusan warranty dan spare part jika ada masalah kelak.
6. Pilihlah yang menawarkan harga terbaik
Tips seterusnya, pastinya soal harga. Sesuaikan keperluan dengan bajet anda. Cari penyaman udar terbaik yang memang lepas dengan bajet anda. Harga mestilah berpatutan dengan hasil kerjanya.
7. Pilihlah Kontraktor Yang Terbaik
Tiada masalah jika mahu gunakan yang murah atau yang mahal, apa yang mustahak adalah pemilihan kontraktor penyaman udara anda & servis selepas jualan mereka. Biasanya setiap sistem disertakan dengan jaminan barangan dari 12 bulan hingga 5 tahun. Harap anda periksa dengan kontraktor anda. Tentu anda tak mahu ada masalah dengan penyaman udara anda bukan? Jadi anda perlu ada nombor telefon atau mengetahui dimana pusat operasi kontraktor pemasang sistem anda. Ini penting kerana jika kita tidak mengetahui bagaimana hendak hubungi kontraktor pemasang sistem anda bagaimana anda hendak menuntut waranti anda? Jika anda menggunakan orang tengah (seperti kontraktor ubahsuai rumah anda) untuk mengupah kontraktor pemasang penyaman udara anda, pastikan anda dapatkan nombor telefon/alamat pusat operasi pemasang penyaman udara anda. Jika boleh periksa latar belakang mereka, lagi bagus jika ada testimoni & sejarah pengalaman kerja mereka sebelum ini. Bukanlah niat kami untuk menutup periuk nasi mereka yang baru menceburi bidang penyaman udara ini tetapi cuma menasihatkan anda supaya berhati-hati. Tak salah jika beri mereka peluang, tetapi jika anda ada masalah untuk menghubungi kontraktor penyaman udara anda ketika penyaman udara anda bermasalah, boleh hubungi kami. Kami akan cuba membantu anda dengan kadar yg berpatutan, Insyaallah.
Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan , situasi dan barang yang di beli pengguna
TUNGGGU! ada lagi tips ke 8. Tip bonus ke 8… Pastikan kedudukan rumah tidak terkena bahang matahari. Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang sinar matahari. Malah jika anda memasang penyaman udara anda berhampiran lampu dan tv, ia turut mempengaruhi kesan penyejukan. Apabila hari dijangka akan panas pula, pasangkan penyaman udara lebih awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas.